Todd dan Julie kesayangan :) |
Saya tukar batu dengan kayu sejak dorang dah besar. Ada jugak dijual di kedai pets. |
1. Sebab korang nak beli
Ni korang kena make sure betol-betol kenapa korang nak beli kura-kura ni. Sesaja suka-suka ke, korang memang pencinta haiwan ke, korang nak jadikan teman. At least korang kena tahu kenapa korang pilih kura-kura untuk jadi pets korang. Jangan setakat nak sesuka je, lepas tu korang dah malas nak ambik tahu. Berdosa tahu aniaya haiwan. Macam saya, saya beli dua ekor kura-kura jenis red ear slider ni masa tengah praktikal kat construction site. So terasa inginkan teman sebab dorang kengkadang macam paham apa yang kita cakap. Lepas decide nak beli, bajet pon dah cukup dan dah dapat permission parents (Ini penting tau! Mana tau kalau korang kena pergi memana, dorang boleh tengok-tengokkan. hihi) saya pon pergi beli sepasang kura-kura sebesar syiling 50sen. Nama dorang Todd dan Julie.
2. Tahap kerajinan korang
Korang kena tahu korang ni jenis yang rajin ke tak nak manage kura-kura ni. Sebab penjagaan kura-kura ni walaupun nampak mudah tetapi kadangkala rumit juga. Korang kena selalu tukar air, bagi makan semua. Kalau rasa korang tak sanggup nak spend 15minit masa korang untuk korang tukar air kura-kura ni, saya sarankan tak payah beli. Sebabnya air dorang selalu kena tukar sebelum air bertukar jadi busuk dan mungkin akan memudaratkan kura-kura. Saya dulu masa dorang masih kecil, saya tukar air seminggu sekali. Tapi kalau 2 3 hari dah macam berbau tu, segerakanlah tukar yea. Makanan pulak biasanya saya bagi 2 kali sehari sebab kura-kura yang masih kecil tak makan banyak. Tapi bila dorang dah menjangkau usia setahun lebih ni, saya jadikan 3 kali sehari.
3. Pemilihan jantina kura-kura
Untuk pemilihan jantina ni, lebih baik lah kalau korang beli sepasang. Kita manusia ni pon nak hidup berpasangan kan. Sama lah jugak dengan kura-kura ni. So untuk memilih jantina, saya akn bagi petua macam mana nak tengok. Saya tahu ni masa mula-mula nak beli Todd dengan Julie dulu. Menurut owner kedai pets tu, kura-kura jantan lebih kecil dan tinggi shell dia manakala betina pula lebih besar dan lebar. Shell dia jugak lebih rendah. Korang boleh nampak perbezaan kalau letak sebelah-sebelah. Tapi ni biasanya boleh kita tengok bila dorang dah besar sikit. So, owner kedai pets tu cakap nak lagi senang, korang tengok corak di bahagian bawah badan kura-kura. Kura-kura jantan coraknya biasa je tapi kura-kura betina akan ada something yang bentuk macam bud atau senang cakap macam rempah memasak tu. Bunga cengkih tak silap. Saya pon kurang pasti tapi selama ini saya kenal pasti jantina berdasarkan corak tersebut. Tapi saya still curious lepas tengok Wonderpets. Kura-kura yang namanya Todd tu macam jantan wataknya tapi kenapa ada corak bud kat badan dia? Mungkinkah saya tersilap. hihi.
Corak badan Todd tanpa Bud. |
Corak badan Julie dengan Bud. Tengok kat line tengah badan. |
4. Makanan yang sesuai
Untuk makanan ni penjagaan kura-kura amat mudah. Korang boleh beli pallet yang dijual di kedai pets. Tapi lebih baik kalau korang beli pallet yang sesuai untuk baby kura-kura dulu. Tak da lah besar sangat sebelum tukar bila dah besar sikit. Tapi untuk pengetahuan korang, kura-kura yang belum mencapai usia 3 tahun, pada kebiasaannya adalah karnivor. So korang kalau rajin boleh bagi dorang makan ikan (saya bagi ikan kembung, potong kecik2, buangkan tulang), udang dan kadang-kadang beli je ikan kecik kat kedai pets. Bagilah dalam 2 hari sekali dan diselang selikan dengan sayur seperti carrot, kangkung. Janganlah bagi peria pulak, kesian dorang kena makan benda pahit tu. Mudah je kan..?
5. Akuarium
Akuarium ni lah benda paling korang kena consider nak beli kura-kura sebab ni akan jadi habitat utama dorang sampai bebila. So pada awal ni, dorang pon kecil lagi, ada banyak sangat jenis akuarium kat pasaran. Ada yang untuk travel, ada jambatan, pokok kelapa dll. So pilih akuarium yang sesuai dan bebas untuk dorang bergerak. Boleh juga kalau hiaskan dengan batu-batu kecil ataupun kayu memandangkan kura-kura ni spesies yang suka berjemur. So sekali sekala bolehlah bawak dorang keluar tengok alam luar, kena matahari.
![]() |
Belum setahun pon ni. |
6. Nama yang sesuai
Nama pulak terpulanglah kat korang nak letak apa pon. Tapi sebaiknya janganlah bagi nama manusia lebih-lebih lagi kalau yang ada maksud baik dalam islam. Sesetengah member saya ada bagi nama pets dorang guna nama orang yang dorang tak suka. Tak baik lah macam tu. Cuba pikir kalau ada orang guna nama korang sendiri bagi nama pets dia. Sama lah jugak orang laen. Pemilihan nama ni jugak haruslah mengikut jantina. Jangan terbalikkan nama. Kang nanti korang jugak yang confuse mana jantan mana betina. Hihi. Selalunya orang guna nama makanan, bunga dan lelaen. Contoh macam Todd, Julie, Biscuit, Muffin, Orange, Blossom, Bubble ataupun nama retis korea ke.
So, kalau korang rasa macam tak mampu nak pastikan korang boleh buat semua ni dan akan seksa kura-kura tu, baik korang jangan bela. Pergi beli smartphone yang guna android, pastu pergi playstore install Pou. Jaga je Pou dulu. Selamat berfikir.
Okbai.
*ps : Segala yang dikongsikan ni semua berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kalau salah bolehla tunjukkan. :)
xpandai nak beza kn jantina cmne and saya ada 2 ekor nama Dda-mato dgn Seul-lo
ReplyDeleteKalau jantan bahagian plastron dia macam ada cekungan,tapi kalau betina bahagian plastron dia rata
DeleteAq pun confuse juga nak bezakn jntina RES ni
ReplyDelete1 blog brlain critanya ok ni mnunjukkn turtle aq ni betina cek2 lgi blog lain turtle aq ni jantan?? Sgat blur
Aq ada 2 ekor RES boo2 dn shy2 nmanya
Kura2 aku ni tk mkn2 pon...aku pelik lahhhh
ReplyDeletekalau akuarium kcik x pe k?
ReplyDeleteakuarium kene sesuai dgn saiz diaaa jgn terlaluu sempit nanti diaa bolehh stress seeloknya akuarium tuuu mesti ade tempat atau ruang utk diaaa berenanggg dan berjalann pastikan adee basking spot jugaa
DeleteDia taknak makan pun
ReplyDeleteKekura sy pemalu. Tak nak makan lau kita tengok. Then satu malam tu sy tutup lampu tapi pasang Flashlight bagi. Kekonon ganti LED. Then diorang makan dengan lahapnya. Haha!
ReplyDeletelebar dan besar = BETINA
ReplyDeletekecil = JANTAN
Tak tahu nak bagi nama ape?
ReplyDeletekura2 kecil ni berapa ringgit?
ReplyDeleteHarga sekor kura ii tu berpa
ReplyDelete